1 · Arahan- arahan pengguna
Terdapat 2 arahan yang lazim digunakan di DALnet. Arhan pertama yang digunakan oleh pengguna klien mIRC ialah:
/ignore nick 3.
Sebagai contoh, jika anda tidak ingin melayan HotChique, anda akan menaip:
/ignore HotChique 3.
Arahan ini akan menghalang layanan sesuatu user@host, tidak kira nama samaran yang digunakan pada masa itu dan tidak kira jika beliau menukar nama samarannya. Ia bertindak sebagai penyekat peribadi. Anda tidak akan menerima apa- apa mesej daripada pengguna itu asalkan orang itu tidak ubah hostmasknya. Anda juga bisa menggunakan arahan /ignore yang merupakan salah satu keistimewaan mIRC. Anda bisalah bertanya di #mIRC atau menggunakan arahan /help ignore di tetingkap status anda.
Arahan untuk membuang "ignore" ialah:
/ignore -r nick.
Arahan /ignore akan menyimpan rekod "ignore" itu dalam klien IRC anda sehingga anda membuangnya.
Arahan yang kedua ialah /silence, yang diikuti dengan beberapa parameter. Yang pertama adalah lebih spesifik dan yang terakhir adalah yang paling luas dan akan memberi kesan luas bukan saja kepada pengganggu itu. Anda bisa mendapat maklumat user@host dengan menaip:
/whois nick
Contohnya, jika HotChique mengganggu kamu dan anda ingin menggunakan arahan /silence, anda akan menaip:
/whois HotChique
Anda akan melihat sesuatu seperti ini:
HotChique is ~doogs@modem03.spamcity.com * Hot
HotChique is on twisted.ma.us.dal.net
End of /WHOIS list.
Maklumat ini bisa digunakan dengan banyak cara mengikut kehendak anda semasa menggunalan arahan /silence. Setiap contoh di bawah diikuti dengan penerangan.
/silence +HotChique!~doogs@modem03.spamcity.com Menenyapkan nama samaran HotChique dengan host ~doogs@modem03.spamcity.com.
/silence +*!*@modem03.spamcity.com Menenyapkan sesiapa yang hostnya sepadan dengan modem03.spamcity.com tidak kira nama samaran atau usernamenya.
/silence +*!*spamcity.com Menenyapkan sesiapa yang menggunakan ISP spamcity.com.
Apabila ± tidak dinyatakan, ia dianggap sebagai +.
"Silence" dibuang dengan cara:
/silence -parameter.
Ini bermaksud jika parameter itu adalah *!*@modem03.spamcity.com, anda akan menaip:
/silence -*!*@modem03.spamcity.com
Dengan hanya menaip /silence akan menyenaraikan semua dalam senarai "silence" anda. Dengan cara ini, anda dapat tahu penetapan "silence" anda dan bisa mengubahnya jika perlu.
Arahan /silence adalah sebahagian proses IRCd, jadi apabila anda menutup sambungan anda dengan DALnet semua penetapan /silence akan di kosongkan. Maklumat lanjut mengenai arahan /silence bisa diperolehi dengan membaca http://docs.dal.net/docs/miscid.html.
Oleh kerana arahan /ignore dan /silence menggunakan cara yang sama semasa menetapkan sekatan (ban), anda juga bisa membaca http://docs.dal.net/docs/banguideid.html untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
Arahan- arahan ini adalah langkah pertama untuk membantu anda menangani masalah gangguan.
2 · Menangani Masalah Spam
Spam atau pengiklanan yang tidak diingini merupakan salah satu masalah yang agak rumit dan juga mengganggu keseronokan anda di IRC. Spam bisa didapati dalam bentuk pengiklanan channel, laman web atau skript. Kebanyakkan pengguna tidak menghira~ukan spam tidak kira apa jenisnya.
Langkah petama yang anda bisa ambil jika seseorang itu mengiklan atau "spam" anda ialah dengan menggunakan arahan /ignore atau /silence. Anda bisa menetapkannya seluas yang anda ingini tetapi anda perlu ingat supaya tidak meletakkanya terlalu luas hingga mengakibatkan anda tidak dapat menerima mesej dan notis daripada pengguna lain yang mempunyai user@host sepadan dengan penetapan anda itu.
Kebanyakkan pengguna akan melaporkan hal ini kepada Operator IRC. Jika Operator IRC itu ada masa lapang, beliau bisa melihat keadaan itu di channel. Jika anda memberitahu Operator IRC, beliau terpaksa menyiasat laporan anda sebelum beliau bisa mengambil tindakan. Adalah senang untuk membuat laporan palsu jadi ia adalah penting untuk seorang Operator IRC untuk melihat keadaan yang sebenar.
bisa dikatakan terdapat banyak iklanan dan jemputan ke channel. Ini juga adalah salah di sisi peraturan DALnet.DALnet akan mengambil tindakan terhadap pesalah itu. Tindakan bisa diambil terhadap channel yang menjemput atau mengiklan jika ia melibat seorang kakitangan channel itu.
Kadangkala seseorang spammer itu akan menghantar mesej ke setiap orang yang memasuki channel itu tanpa kehadiran mereka dalam channel. Hal ini dikatakan 'relay spamming'. Sebenarnya, terdapat satu bot yang berada di dalam channel yang menghantar senarai nama pengguna yang berada di dalam channel kepada bot yang berada di luar channel. Kebanyakkan masa, kedua- dua bot ini mempunyai alamat host yang sama. IRCD DALnet membenarkan anda mencari alamat host tertentu dengan menggunakan arahan khas. Sila lawat http://docs.dal.net/docs/miscid.html#5.10 untuk mengetahui bagaimana melakukan ini.
Jika anda jemu menerima spam dari sesuatu channel, sila simpan rekod spam itu. Anda bisa "cut" dan "paste" bahagian itu ke dalam notepad untuk simpanan rekod. Tekan butang kiri tetikus anda dan pilih COPY. Letak cursor anda pada tempat yang anda ingin simpan rekod itu dengan tekan butang kiri tetikus itu dan pilih PASTE. Jika anda seorang pengguna mIRC, highlight teks tersebut akan menyalin bahagian yang dipilih oleh anda ke clipboard Windows supaya anda bisa PASTE bahagian itu ke dalam notepad.
Ada beberapa orang yang log semua kejadian. Log adalah satu cara merekod apa- apa kejadian yang telah berlaku dalam channel atau perbualan. Kebanyakkan klien IRC seperti mIRC atau pIRCh mempunyai satu keistimewaan yang membenarkan anda merekod apa- apa kejadian. Jika anda telah tutup tetingkap dengan spam itu, anda masih bisa mendapatkan rekod itu semula (jika spam itu diterima melalui /msg) dari log anda. Anda bisa mendapat maklumat lanjut mengenai opsyen ini di #mIRC atau #pIRCh. Untuk klien IRC yang lain, sila cuba dapatkan bantuan dari channel bantuan untuk klien IRC itu. Dalam kes- kes tertentu, anda mungkin perlu menghantar email kepada pengarang klien IRC tersebut.
Salah satu cara yang efektif adalah dengan melaporkannya kepada Unit Pencegahan Pengiklanan Berleluasa DALnet (Mass Advertising Team). Pastikan anda menyertakan log dan maklumat /whois pesalah itu dan menghantar semua maklumat kepada massads-report@dal.net.
Maklumat dalam laporan anda bisa ditulis seperti berikut:
Time: 11:28 AM
Timezone: US Eastern Standard
Date: May 13, 2000
HotChique is ~doogs@modem03.spamcity.com * Hot
HotChique is on twisted.ma.us.dal.net
End of /WHOIS list.
Explanation: One of the ops in the channel was the spammer ... here is his /whois. It matches the spammer's host.
BullyOp is ~op@modem03.spamcity.com * Hmm
BullyOp is on @#TeenPleasurePalace
BullyOp is on avana.ga.us.dal.net
End of /WHOIS list.
Apa yang akan dilakukan dengan malumat itu tadi? Ia akan diberi kepada salah seorang ahli Unit Pencegahan Pengiklanan Berleluasa untuk menyiasat kes itu. Beliau akan memeriksa jika pengiklan itu adalah seorang operator atau pemilik channel. Anda juga bisa menyertakan maklumat tambahan ini untuk menyenangkan tugasan penyiasat itu. Jika pengiklan itu adalah seorang operator, tindakan bisa diambil terhadap channel itu. Jika ia berterusan atau merupakan satu corak pengiklanan yang sama, channel itu bisa ditutup.
Jika pengiklanan itu melibatkan skript, skript itu bisa disekat "banned" daripada digunakan di DALnet.
Jika pengiklanan itu melibatkan laman web dan sebagainya, ISP pengiklan itu akan disekat dari DALnet dan dihubungi untuk tindakan. Host laman web yang diiklan itu juga akan dihubungi. Kebanyakkan ISP dan perkhidmatan pengacara web tidak ingin perkhidmatan mereka digunakan untuk tujuan pengiklanan.
Rumusan: Adalah dicadangkan untuk menggunakan arahan /ignore or /silence untuk menghalang pengganggu itu. Jika anda ingin mendapatkan bantuan Operator IRC, beritahunya dimana kejadian itu berlaku. Kebanyakkan Operator IRC tidak akan mengambil tindakan spam "second hand". Anda perlu menghantarkan log bersama dengan maklumat /whois pesalah itu dang menghantar email kepada massads-report@dal.net. Anda tidak akan melihat balasan serta merta tetapi ini akan memberi peluang kepada Unit Pencegahan Pengiklanan Berleluasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Polisi Pengiklanan Berleluasa DALnet, anda bisa membaca http://kline.dal.net/massads/mup.htm.
3 · Keselamatan Peribadi dan Gangguan Ketenteraman
Terdapat juga beberapa pengguna yang mengejar dan mengganggu ketenteraman pengguna yang lain, hanya untuk melihat reaksi ketakutan pengguna itu atau mendapatkan maklumat peribadi seseorang dari IRC. Hal pertama yang harus anda ketahui adalah JANGAN SESEKALI MEMBERIKAN MAKLUMAT PERIBADI KEPADA ORANG LAIN DI DALAM IRC kecuali anda telah mengenal mereka dengan lebih mendalam dan bisa dipercayai. Memberikan maklumat peribadi di IRC adalah sangat berbahaya dan bisa mendatangkan masalah yang tidak diinginkan. Terdapat banyak berita penuh dengan cerita-cerita mengenai orang-orang yang telah mengalami kejadian tidak diingini setelah mereka menceritakan segala maklumat peribadi mereka dan setelah itu mereka kecewa ketika berada di IRC. Ketika situasi ini memang jarang terjadi sebagai salah satu punca kekecewaan seseorang di IRC, patut memberi timbangan semula sebagai salah satu masalah yang pernah berlaku. DALnet tidak akan bertanggungjawab terhadap apa- apa maklumat yang telah diberitahu oleh seseorang pengguna kepada pengguna yang lain, baik itu di channel ataupun di perbualan sulit. Anda harus mempertimbangkan pilihan anda sendiri untuk menentukan, perlukah anda memberikan sejumlah maklumat peribadi anda di dalam IRC. Diingatkan juga bahawa, maklumat peribadi adalah tanggungjawab anda sendiri dan tidak patut diketahui oleh orang yang tidak dikenali
Jangan menyimpan maklumat peribadi di dalam komputer dimana orang lain bisa mendapat aksess kepada komputer anda. Jangan memberitahu maklumat tempat tinggal, sekolah anda, aktiviti anda di sekolah, nombor telefon anda, atau apa- apa maklumat peribadi. Jika berlaku sedemikian, masalah besar mungkin bisa timbul. Melainkan anda rapat seseorang di IRC dan kenali mereka lama dan mempercayai mereka dengan apa- apa maklumat yang ada, hanya anda sajalah yang tahu apa- yang perlu dikatakan dan apa yang tidak patut.
Terdapat beberapa channel yang bantuan yang baik yang bisa membantu anda untuk menjelaskan cara apa saja untuk melindungi komputer anda. Ambilah masa sedikit untuk melawat #NoHack atau #Windows95. Channel #Windows95 dapat membantu anda dalam semua versi Windows dan dianggap sebagai channel bantuan teknikal Windows.
Jika anda merasa diganggu atau dikejar oleh seseorang di IRC, maka disarankan simpanlah seluruh log dari percakapan tersebut. Anda juga bisa menggunakan arahan /whois atas pengguna itu. Mengganggu dan mengejar melanggar polisi (Acceptable Use Policy) hampir dari semua ISP. Apabila anda sudah mempunyai seluruh maklumat yang diperlukan, hantarkan maklumat tersebut kepada ISP mereka pada alamat email abuse@isp.mereka. Contohnya jika anda merasa telah diganggu atau dikejar oleh seseorang dengan hostmask jelek@jkt62.telkom.net hantarkan laporan anda kepada abuse@telkom.net bersama dengan bukti termasuk zon waktu tempatan anda dan logs. Jika anda tidak mendapat sebarang jawapan, jangan putus asa dan teruskan menghantar laporan anda atau melaporkan kepada penguatkuasa undang- undang dengan maklumat tersebut. Penguatkuasa undang- undang mempunyai cara- cara tertentu untuk mengetahui siapa orangnya dan dapat mengambil tindakan terhadap mereka.
Jika anda merasa pengganggu itu telah melampaui batas sehingga menyinggung perasaan anda waktu itu lalu anda memikir anda perlu mengambil tindakan atas hal ini, cubalah menghubungi penguatkuasa undang- undang tempat anda anda dengan seberapa maklumat dan bukti-bukti yang menyokong. Perwakilan hukum mempunyai cara-cara tersendiri untuk mencari dan berurusan dengan orang-orang seperti mereka. Dalam hal ini DALnet tidak dapat menyelesaikan dan mengatasi penyelesaian masalah ini disebabkan oleh sumber maklumat yang terhad. Jika anda memerlukan bantuan mengenai penyelesaian masalah ini, anda bisa cuba menghubungi CyberAngels pada di URL http://www.cyberangels.org atau dengan menghantar email kepada support@cyberangels.org. Mereka adalah sekumpulan sukarelawan yang berdedikasi dan berpengalaman yang melapangkan masa mereka untuk membantu pengguna yang mengalami masalah seperti ini.
Amat menyukarkan untuk seorang Operator IRC untuk turut bercampur tangan dalam masalah gangguan yang berlaku atas pengguna IRC. Lebih lagi adalah amat mudah untuk memalsukan log dan laporan. Beberapa IRC Operators bisa memilih untuk berbincang dengan pesalah itu,namun demikian peraturan am, pengguna harus mengambil berat terhadap penyelesaian masalah ini. Cara pendekatan terbaik adalah dengan mendapatkan bukti log dari gangguan sepertimana ia telah dinyatakan. Jika pesalah itu hanya membuat kecoh, pengguna bisa menggunakan arahan /ignore atau /silence.
4 · "Nukes" dan Serangan DDOS Lain
Kebanyakkan pengguna anggap ini adalah sebahagian IRC sedangkan ia adalah luar kawalan pelayan DALnet dan tidak mempunyai hubung kait dengannya. DALnet tidak bisa bertanggungjawab atas aktiviti- aktiviti serangan ini dan pengguna perlu menggunakan perisian untuk mengesan penyalahguna ini. Operator IRC tidak akan mengesan dan menyingkir pesalah itu kerana fail log mudah dipalsukan.
Untuk maklumat dan pandangan kerajaan US dan Kanada, sila lawat http://www.nohack.net.
Apakah yang seorang pengguna itu bisa buat? Anda bisa mendapatkan maklumat lanjut mengenai perlindungan daripada serangan 'nukes' dan Program NukeNabber dari http://www.dynamsol.com/puppet. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan disini bahawa ia tidak melindungi anda daripada serangan 'nuke' tetapi memberi maklumat pesalah untuk dilaporkan kepada ISP pesalah itu. Anda perlu menggunakan maklumat yang diperolehi dari NukeNabber untuk melaporkan serangan itu. Maklumat ini termasuk 'traceroute' yang memberi maklumat ISP pesalah untuk menunjukkan laluan 'nuke' itu. Terdapat pelbagai program lain yang juga berkesan. Tanyalah rakan- rakan anda apa yang mereka guna.
Terdapat juga pengguna yang menggunakan firewall yang bisa membantu mengekalkan keselamatan komputer. Salah satu daripadanya bisa didapati daripada http://www.zonelabs.com. Terdapat juga yang lain seperti ConSeal Firewall yang bisa ditempah dari http://www.consealfirewall.com. Carilah yang mana bersesuaian dengan sistem anda dan mana yang diguna oleh kebanyakkan pengguna. Maklumat lanjut mengenai serangan DoS bisa diperoleh daripada http://www.denialinfo.com.
5 · Klon dan Banjir
Banjir adalah ulangan teks, simbol, arahan ctcp dan sebagainya secara berterusan yang bisa mengakibatkan seseorang itu terputus sambungannya dari IRC. Bukan sahaja ia menganggu ketenteraman, malah ia juga bisa menimbulkan masalah kepada operasi pelayan- pelayan DALnet.
Klon pula adalah sambungan berlebihan kepada DALnet yang lazimnya menggunakan pelbagai perisian untuk berbuat demikian. Klon biasanya digunakan untuk membanjir.
Semua kes klon dan banjir harus dilaporkan kepada seorang Operator IRC dengan serta merta kerana ia bisa menimbulkan masalah kepada operasi DALnet. Operator IRC tersebut akan memasuki channel tersebut dan akan mengambil tindakan. Jika anda adalah seorang operator channel itu, anda bisa menggunakan arahan /mode #channel +R (yang membenarkan hanya nama samaran berdaftar sahaja untuk memasuki channel tersebut) yang kerap kali digunakan untuk menghalang klon kerana kebanyakkan nama samaran yang digunakan oleh penyerang klon tidak berdaftar. Anda juga bisa menghadkan bilangan pengguna serta mengawal channel (moderate) dengan menggunakan /mode #channel +ml 2 dimana hanya operator dan penerima 'voice' sahaja bisa bertutur dan menghadkan bilangan pengguna kepada 2. Barulah anda bisa mendapatkan maklumat penting mengenai serangan tersebut untuk dilaporkan.
Kebanyakkan channel mempunyai mod- mod ini dikunci melalui MLOCK dan tidak bisa digunakan. Dalam hal ini, anda bisalah berbincang dengan pemilik channel tersebut untuk mengawal banjir channel. Terdapat juga beberapa skript kawalan banjir yang bisa didapati dari http://www.scriptheaven.net. Maklumat lanjut mengenai mod- mod channel dan MLOCK bisa didapati dari dokumen http://docs.dal.net/docs/modesid.html.
Jika anda bukan operator channel dan anda menggunakan mIRC, anda bisa cuba menggunakan arahan /ignore nick 2 yang bisa menghalang klon daripada membanjiri anda. Jika klon- klon itu membanjir anda melalui tingkap mesej, gunakan arahan /close -m yang akan menutup semua tetingkap query/ mesej yang terbuka.
6 · Virus dan masalah- masalah lain
Kerap kali anda akan mengalami masalah pengguna yang akan cuba menghantar fail yang mempunyai virus dan trojan. Antara fail- fail tersebut ialah Movie.avi.pif, Pretty Park, DMSetup, Links.vbs dan sebagainya. Terdapat beberapa perangkat peralatan yang mengandungi 'backdoors'. Apa sekalipun ia dipanggil, ia bisa memberi laluan tanpa izin kepada pengguna yang tidak bertanggungjawab dan juga bisa merosakkan komputer anda.
Anda hanya bisa mengatasi masalah ini dengan menetapkan opsyen DCC anda kepada 'ignore'. Dengan cara ini, anda perlu mengaktifkan opsyen DCC anda untuk menerima fail itu jika perlu. Jangan terima fail DCC daripada orang yang tidak dikenali..
Jika anda terasa atau mendapati diri anda dijangkiti virus itu, keluar dari semua channel dan teruskan ke channel #NoHack iaitu channel bantuan virii dan trojan rasmi DALnet dengan serta merta. Nasihatilah orang yang terjangkit untuk berbuat demikian. Jika pengguna itu enggan, silalah hubungi seorang Operator IRC dan beritahulah channel yang pengguna itu menyebarkan virus tersebut.
DALnet telah menemui satu cara yang dapat menghalang penyebaran virus dan trojan melalui sistem DCCALLOW yang menghalang semua fail DCC yang biasanya dijangkiti dengan virus dan trojan. Kebanyakkan pengguna tidak sedar mereka sendang menjangkiti komputer lain dan tidak sedar komputer mereka juga dijangkiti virus/ trojan tersebut. Anda bisalah menasihati mereka untuk ke channel #nohack untuk bantuan lanjut. Tidak semestinya perlu dilaporkan kepada Operator IRC buat masa kini. Maklumat lanjut mengenai DCCALLOW bisa didapati daripada dokumen http://docs.dal.net/docs/miscid.html.
Untuk maklumat lebih mendalam dan URL- URL tambahan mengenai virus, anda bisalah melawati http://www.nohack.net. http://docs.dal.net/docs/exploitsid.html juga mengandungi maklumat- maklumat tambahan yang amat berguna kepada anda.
7 · Kesimpulan
Belajarlah menggunakan arahan /ignore dan /silence.
Laporkanlah spam dan jemputan berleluasa kepada massads-report@dal.net dengan log yang sah.
Adalah tanggungjawab anda untuk menjaga keselamatan diri anda. Jangan sesekali berkongsi maklumat peribadi anda dengan orang lain melainkan orang itu dikenali lama dan bisa dipercayai.
Laporkan semua kes gangguan ketenteraman dan ugutan kepada ISP pesalah itu atau kepada agensi penguatkuasa undang- undang anda. CyberAngels (http://www.cyberangels.org) dapat membantu anda dalam kes- kes yang menakutkan yang memerlukan bukti yang kukuh.
Gunakanlah firewall yang bisa melindungi diri anda daripada serangan DoS serta program NukeNabber untuk mendapatkan maklumat pengguna yang menyerang anda dengan cara 'nuking'. Laporkan masalah itu kepada ISPnya. Jika tidak mendapat sembarang jawaban, jangan putus asa dan hantarkan laporan buat kali berikutnya dalam beberapa hari kemudian.
Laporkan semua kes klon dan banjir kepada seorang Operator IRC. Anda bisa menggunakan berbagai arahan- arahan untuk menghalang gangguan itu berterusan.
Jika anda mendapati sistem komputer anda atau rakan anda dijangkiti dengan virus/ trojan, silalah keluar (nasihatilah rakan anda) dari semua channel dan teruskan ke channel #NoHack. Jangan sesekali menerima fail daripada orang yang tidak dikenali atau didapati mengandungi trojan atau virus.
Lawatilah semua laman web yang telah dinyatakan dalam dokumen ini untuk maklumat lebih mendalam.
Copyright © 2001-2007 oleh DALnet IRC Network